Sunday, 27 March 2016

Penciptaan Dan Kejadian Adam

Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah sebaik baik kejadian .Kejadian nabi adam diterangkan sebanyak 25 tempat didalam al-quran dan ia meyatakan bahawa Nabi Adam dijadikan daripada tanah. Antaranya surah Al-Baqarah, al-Ira’al-kahfi, Ali Imran, Yasin, Maryahm, Toha. firman Allah SWT. :

“yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati atau air benih yang sedikit di pandang orang “
Al-sajdah (32)

Peringkat kejadian Nabi Adam as dapat diterangkan melalui beberapa peringkat


Peringkat pertama, turab (tanah bumi) 
Kejadian Adam as bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab atau tanah yang berdebu. Allah swt menjelaskan proses kejadian ini sebagaimana firmannya:

“sesungguhnya perumpamaan (penciptaan Isa di sisi Allah swt adalah seperti penciptaan Adam as. Allah menciptakan Adam daripada tanah turab kemudian Allah berfirman kepadanya jadilah seorang manusia maka jadilah dia “ 
Ali Imran (3)

Manakala sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Nabi Muhammad saw telah bersabda menceritakan mengenai proses kejadian Nabi Adam pada peringkat ini.

“sesungguhnya Allah telah menciptakan Nabi Adam as daripada suatu genggaman tanah yang dipungut dari serata pelusuk bumi. Sebab itulah keturunan Nabi Adam didapati kulitnya berwarna mengikut keadaan bumi, Sebahagian mereka bewarna putih, sebahagiannya merah sebahagiannya hitam dan bewarna keduanya. Seterusnya ada yang buruk, yang baik, yang melegakan dan yang mendukacitakan dan ada pula yang bersifat keduanya”

Peringkat kedua, tiin (tanah liat)
Pada peringkat ini Allah swt menyaringkan debu bagi mendapatkan saripatinya dimana Allah SWT akan mengambil salah satu bahagian yang hanya benar-benar bersih dan suci. Kemudian tanah itu akan dicampurkan dengan air bagi membentuk tanah liat (tiin) atau tanah melekat (tiin lazib). Kemudian Allah berfirman bermaksud:


“dialah yang menciptakan kamu daripada (tin)
al-An’am (6)

“dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati yang berasal daripada tanah “ 
Al-mukminun (23)

“sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka daripada tanah liat “
al-saffat (37)
Pada peringkat ini AllahS SWT menjadikan Adam dalam bentuk rupa manusia dan ia kekal selama hingga 40 tahun lamanya.

Peringkat ketiga, hama’masnun (tanah yang berbau) 
Pada peringkat ini Allah swt berfirman:


“dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat
yang kering yang berasal daripada lumpur hitam (hama’masnun) yang
diberikan bentuk
”al-Hijr (15)

 Peringkat keempat, salsal (tanah yang keras) 
Pada peringkat ini Allah swt menjadikan ia dalam bentuk tembikar atau tanah yang keras. Ia megambil masa selama 40 tahun lamanya. Dengan itu maka genaplah 120 tahun proses kejadian Nabi Adam as sehingga sampai proses peniupan roh. Dan ia merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam as. firman Allah swt :

“Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar”
Al-Rahman (55)

 Peringkat kelima, Naf al-ruh (peniupan roh) 
Setelah selesai peringkat salsal, Allah swt kemudianya meniupkan roh ke dalam jasad Adam as. Setelah itu maka sempurnalah kejadian Adam as samada dari segi rohani atau fizikal dan seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi. Kemudian Allah swt berfirman:

“maka apabila aku sempurnakan kejadianya dan Aku tiupkan padanya roh. maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud “
al-Hijr (15)



No comments :

Post a Comment