Sunday, 27 March 2016

Mengenai Penciptaan Hawa

Hawa diciptakan setelah kejadian Nabi Adam as. Hawa diciptakan sebagai pasangan nabi Adam as. Kemudian mereka ditempatkan didalam syurga. Cerita tentang bagaimana terjadinya hawa tidak begitu banyak diterangkan dalam Al-Quran. Firman Allah swt : 




Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.
( Surah an-nissa :1 )




No comments :

Post a Comment