Saturday, 13 February 2016

Nutfah

Nutfah iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani .Menurut ibn Jurair al-Tabari , asal usul perkataan nutfah ialah nutf ertinya yang sedikit yang terdapat dalam sesuatu bekas samaada telaga , tabung dan sebagainya . Sementara perkataan amsyaj berasal dari perkataan masyj yang bererti campuran.

Nutfah disebut sebanyak 12 kali dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali . Diantara ayat Al-Quran tersebut ialah :


إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
 " Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusa bermulanya dari air mani yang bercampur ( dari pati benih lekali dan perempuan) , serta Kami tetap mengujinya ( dengan kewajipan-kewajipan) ; oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. " 
(SURAH AL-INSAN:2) 

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan tingkahlaku yang berbeza serta menjadikanlelaki dan perempuan .Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya sarah, tulang dan fakulti. Manakala perempuan akan terbentuknya darah dan daging .



Sperm dan Ovum .

No comments :

Post a Comment